• rozizarina:

    Kadangkala —

    Orang yang kita suka itu,

    Hanya datang sementara sahaja dalam hidup kita.

    Singgah cuma memberi rasa, 

    umpama senja yang singgah hanya seketika

  • rozizarina:

    Adakah disebabkan hujan lebat yang turun tidak berhenti-henti maka semua orang menjadi sedih?

    (Source: imgivingup-onyou)

  • rozizarina:

     

    Biasa dengar kan orang kata, “dosa 24jam, ada hati nak tegur aku”, “Tegur diri sendiri dulu la, baru tegur orang lain”, “Baik hang buat dulu, daripada tegur orang lain suruh buat” …

    Sentiasa memberi nasihat/teguran kepada diri sendiri dan juga orang lain walaupun diri tak akan pernah sempurna.

    Tambahkan saham akhirat kita dengan status-status yang memberi manfaat, motivasi, pengajaran dan hikmah kepada umat Nabi Muhammad S.A.W

    Andai ini status terakhir aku
  • rozizarina (via rozizarina)
  • "Saat manusia tidak peduli, Allah SWT setia di sisi."
  • (Badiuzzaman Said Nursi)

    (Source: rozizarina)

  • "Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."
  • "ingat..
    ramai yg mahu ke syurga..
    namun tidak ramai berusaha ke arahnya..
    malah ramai yg mendekatkan diri ke neraka gamaknya…
    maka ramai anak muda yg berdosa..tetapi tidak mengapa..
    kerana lebih baik bertaubat, berdosa dan bertaubat semula..
    dari tidak bertaubat dan menginsafi langsung..
    kerana ALLAH itu Maha Pengampun..
    lumrah manusia jika kita semakin jauh jika diajak melakukan kebaikan..
    itu lumrah manusia yang hatinya sudah gelap..
    maka biarlah si daei meneruskan kehidupan..
    kerana ramai lagi yg memerlukan dan menghargai perjuangan…
    di luar sana.."
  • hafis88:

    "Ya Tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengurnia. Hai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah mengumpulkan manusia untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji".

    - [Aali Imran : 8-9]

    —-

    nota kaki : pertahankanlah kebenaran. kerna tiada yang lain lagi sesudah kebenaran itu kecuali kesesatan. semoga doa-doa kita kita diaminkan sejagat raya dan terus sampai ke riba Tuhan..

  • abuhanifah:

    Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima. sedangkan kita masih ketawa walaupun amalan tiada

    Nabi Muhammad SAW bersabda:
    “Siapa yang buat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”

    Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang
    Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang

    “Alangkah sempitnya kuburku,” ratap seorang abid.
    “Alangkah sedikitnya hartaku,” keluh seorang hartawan.

    Tanyailah orang-orang soleh, mengapa mereka banyak menangis

    Mereka akan menjawab:
    “Bagaimana hendak gembira Sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan, Qiamat itu janjian kami, Neraka itu memburu kami & perhentian kami ialah Allah.”

    Mereka menangis di sini
    Sebelum menangis di sana
    & kita bagaimana?

    menangislah kerana kita tidak menangis seperti mereka menangis.

    Allah ciptakan air mata sebagai peneman kita, kerana Allah tahu keperluan hambaNya. Menangislah, kerana air mata itu nikmat dariNya 

    #thedaiegraphy #dakwah #abuhanifah #vscomalaysia #ikutcarakita #twt_insta